Tuesday, April 7, 2009

Kisah Lucu 1

1- Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"

2- Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.

3- Kurang Air
Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.
Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."
Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"
Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"

1 comment: